Sunday 27 November 2011

TR - Industrial Computing

Hi hi~ hari ini saya nak buat pengenalan sikit tentang program ini~ saya rasa sesetengah kawan mungkin tidak jelas tentang kursus ini~ ada yang mungkin tak pernah dengar langsung~ hahaha~

Sebelum itu, saya ingin memperkenalkan FTSM (Fakulti Teknologi & Sains Maklumat) yang terdiri daripada 4 jabatan, iaitu:
  1. TR - Komputeran Industri
  2. TH - Multimedia
  3. TS - Sistem Maklumat Pengurusan
  4. TK - Sains Komputer

Sebenarnya, program komputeran industri bertujuan untuk melahirkan graduan yang mahir dan profesional dalam pengunaan teknologi maklumat dalam industri pengeluaran dan pembuatan. Program ini juga betujuan untuk melahirkan graduan yang mempunyai
kemahiran yang tinggi dalam pembangunan dan aplikasi yang
berteraskan sains pengkomputeran dan grafik. Graduan program ini akan
dapat menyokong pembangunan dan penggunaan teknologi pembuatan serta pengkomputeran dalam sektor penyelidikan dan perindustrian di Malaysia.


Objektif program ini adalah untuk melahirkan graduan yang:
  • berpengetahuan, berbekemahiran dan berinovasi sebagai profesional IT.
  • berkemahiran insaniah, profesional dan beretika dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap Pencipta, pelanggan dan masyarakat
  • mampu mengkomunikasikan ilmu dalam bidang ICT menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  • mampu menyumbang kepada pembangunan, peka terhadap alam sekitar serta boleh menyesuaikan diri dalam persekitaran kerja global
  • mampu memimpin dan menjalankan penyelidikan dalam
    bidang ICT

Selepas pengajian program ini, saya berupaya untuk:
  •  Mempamerkan pemikiran kreatif dan kritis serta mampu berkomunikasi secara berkesan
  •  Menjadi seorang usahawan IT yang mengamalkan etika kerja yang profesional
  • Mentadbir dan menguruskan sumber teknologi maklumat dalam organisasi dengan cekap dan berkesan
  • Mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapi oleh industri dan menghasilkan penyelesaian berteknologi maklumat yang inovatif bagi menyelesaikan masalah tersebut
  • Membangunkan aplikasi teknologi maklumat yang diperlukan untuk industri sama ada secara berseorangan atau secara berkumpulan dengan menggunakan metodologi pembangunan yang piawai
  • Melakukan pemodelan, analisis dinamik, simulasi, pengoptimuman dan visualisasi bagi proses atau fenomena yang terdapat dalam industri
  • Menyesuaikan dan mengaplikasikan teknologi maklumat yang diperlukan dalam suatu industri
  • Menyumbang kemahiran dalam kumpulan, rekabentuk dan pembangunan produk
  • Meneroka dan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran teknologi maklumat dengan menggunakan pelbagai sumber ilmu secara autonomi

(Erm........ hopefully la~~~  ^^)


Adakah  anda lebih memahami tentang program ini? Tidak?! Tak apa! Anda boleh bertanya kepada saya bila-bila masa~ saya akan menjawab dengan semampu yang saya boleh~

1 comment: